Sertai Kami di Facebook

Blog Archive

Saturday, October 9, 2010

Nick Vujivic










Hayatilah kesusahan seorang insan yang kurang sempurna..Namun dengan usaha yang dilakukan dia tetap berjaya..

Sunday, October 3, 2010

Panduan Umum dan Cara Mengamalkan Susu Whitefully dan Kopi Slimme Bosland.




Adakah ia selamat di makan ?

Susu Whitefully dan Kopi Slimme Bosland tidak mengandungi sebarang bahan pengawet, perasa tiruan, pewarna tiruan dan campuran bahan kimia, malah ia mengandungi unsur-unsur atau zat-zat yang memang di perlukan oleh tubuh badan manusia. Ianya selamat untuk dimakan dalam dosage yang betul.

Adakah orang yang sedang berpenyakit boleh mengambilnya ?

Ia bukan sejenis ubat yang dihasilkan secara kimia. Ia adalah makanan semulajadi yang mengandungi banyak khasiat, yang dapat membantu proses pemulihan sistem tubuh badan manusia. Ianya boleh diandaikan seperti pengambilan sayur-sayuran dan buahan yang tidak mendatangkan mudarat kepada badan manusia.

Apakah krisis pemulihan ?

Ianya merupakan satu tanda bahawa mekanisma dalam badan telah berfungsi. Apabila badan telah mempunyai tenaga yang cukup, sel badan akan cuba membuang toksik dan memulih, akibatnya tanda-tanda seperti cirit- birit, demam dan sebagainya muncul. Ianya hanya bersifat sementara sahaja dan juga bergantung kepada sistem pertahanan badan seseorang.

Apakah tindakbalas yang biasa berlaku kepada pengamal yang sihat ?

Tindak balas adalah berlainan mengikut tahap kesihatan badan individu, jika pengamal itu benar-benar sihat, maka dia mungkin tidak mengalami sebarang simptom ataupun simptom yang kecil sahaja.


Mengapa kita berasa letih selepas mengamalkan Susu Whitefully dan Kopi Slimme ?

Badan kita sebenarnya mempunyai pH alkali (pH 7.3), tetapi kerana kita telah makan makanan yang berasid dengan berlebihan seperti nasi, daging dan sebagainya, maka badan kita akan mempunyai nilai pH berasid. Susu Whitefully dan Kopi Slimme Bosland ialah makanan alkali. Oleh itu selepas memakan produk ini badan kita akan cuba menstabilkan nilai pH dalam badan, akibatnya kita mungkin berasa letih.

Mengapa ada pengamal yang sembelit selepas memakan Susu Whitefully dan Kopi Slimme Bosland?

Ini kemungkinan disebabkan oleh sistem penghadaman yang tidak berkesan mengakibatkan sisa tertinggal dalam usus. Selepas mengambil produk ini, badan kita cuba membuang sisa dalam usus dan kemungkinan mengakibatkan sembelit bagi jangka masa pendek.

Mengapa paras glukosa darah meningkat selepas mengambil produk ini ?

Susu Whitefully dan Kopi Slimme Bosland mempunyai mineral yang dapat membantu insulin berfungsi dengan lebih berkesan dan merendahkan paras glukosa dalam darah. Akan tetapi, seperti juga mekanisma badan yang lain, kawalan paras glukosa dalam darah berkait dengan diet dan hormon. Oleh itu pada peringkat awal pengambilan produk, badan akan membuat permulihan yang akan menyebabkan simton paras glukosa naik untuk jangka masa singkat.

Kenapa ada pengamal mengalami sakit di sendi dan asid urik yang lebih tinggi dalam darah selepas pengambilan Susu Whitefully dan Kopi Slimme Bosland ?

Sakit sendi adalah disebabkan oleh asid urik yang terkumpul di bahagian sendi. Selepas memakan Susu Whitefully dan Kopi Slimme Bosland sistem pertahanan badan akan meningkat, sel darah putih dalam badan akan cuba membuang asid urik dari sendi yang terkumpul dalam sendi dan mengakibatkan perasaan sakit. Asid urik dari sendi akan dihantar melalui darah ke ginjal untuk dikumuhkan, maka paras asid urik dalam darah akan meningkat buat sementara waktu.

Bolehkah Susu Whitefully dan Kopi Slimme Bosland diambil bersama ubat ?

Boleh, tetapi pastikan Susu Whitefully dan Kopi Slimme Bosland diambil terlebih dahulu (sebelum makan) dan sekurang-kurangnya 3 jam kemudian (selepas makan) baru ambil ubat. Elakkan dari makan serentak (pada masa yang sama) kerana ia mungkin menjejaskan khasiat yang terkandung secara semulajadi pada Susu Whitefully dan Kopi Slimme Bosland.

Kenali Tindakbalas Susu Whitefully dan Kopi Slimme Bosland.

Berikut adalah senarai beberapa tindak balas awal yang mungkin berlaku jika mula-mula mengambil Susu Whitefully dan Kopi Slimme Bosland:

1. Muntah - Masalah sistem penghadaman

2. Demam - Masalah usus kecil / besar

3. Najis berdarah - Masalah anus (lubang dubur) dan buasir

4. Cirit-birit - Masalah limpa / hati

5. Berpeluh - Pengeluaran haba dalam badan

6. Sengal bahagian sendi - Masalah urat darah dan reaksi kelebihan asid urik.

7. Sakit Pinggang - Masalah buah pinggang

8. Sakit tekak / kerongkong - Masalah paru-paru

9. Kencing berbau - MasaIah buah pinggang

10. Darah tinggi berrtambah - Masalah urat darah

11. Kencing manis bertamhah - Masalah hati dan pancreas

12. Pengeluaran haid berlebihan - Proses perubatan hormon dan masalah limpa

13. Bertambah selera makan - Proses perubatan kolestrol

14. Bengkak anggota badan - Masalah buah pinggang

15. Gatal hidung - Masalah resdung dan alahan

Cara Penggunaan:

- Masukkan sebungkus Susu Mutiara WhiteFully ke dalam 200ml - 250ml air panas dan kacau.

- Kemudian, masukkan sebungkus Kopi Slimme ke dalam bancuhan Susu Mutiara WhiteFully tadi dan kacau rata dan sebati sehingga beraroma enak
 
- Boleh diambil tiga (3) kali sehari untuk kesan yg sangat mujarab iaitu pada Jam 7 pagi - 4 Petang - 10 Malam
 
- Amalkan setiap hari hidangan mudah dan lazat ini dan lihat kesannya dalam 7 hari.
 
- Seboleh-bolehnya minum 1 jam sebelum mengambil hidangan berat, tapi biasanya selepas minum hidangan ini kita akan merasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari. Selamat Mencuba dan segalanya dengan izin Zat yang Maha Kuasa..

Wednesday, September 22, 2010

Produk Bosland kaya antioksida



Halang Bahan Cemar

Pengambilan antioksida amat penting untuk menentang radikal bebas yang menjadi punca utama masalah penuaan dan pelbagai penyakit lain seperti barah.

Radikal bebas masuk ke dalam tubuh melalui udara tercemar seperti asap dari rokok, ekzos dan kilang hingga menyebabkan berlaku proses pengoksidaan yang merosakkan sel sihat sekaligus membuatkan fizikal kelihatan uzur dan lebih tua.

Antioksida adalah penawar semula jadi yang mengawal dan menyinkir radiakl bebas, memperkukuh ketahanan sel badan, meransang pembaikan sel dengan pantas, membaiki DNA rosak, seterusnya dapat mempertahankan proses penuaan.

Ini kerana antioksida adalah pembersih dalaman badan dan pengawet muda dengan meneutralkan radikal bebas, selain memainkan peranan penting membina dan mengekalkan kekebalan badan dengan meningkatkan kebolehan untuk menangkis ejen pembawa penyakit seperti bakteria, virus serta organisme lain yang menyumbang kepada proses penuaan.

Bosland menghasilkan minuman kesihatan mengandungi antioksida melalui produk Koko Kolegen, Kopi Slimme dan Susu Mutiara Whitefully.

Menurut jurucakap syarikat itu, amalan pemakanan seimbang kaya dengan sumber antioksida dalam menu harian seperti Koko Kolegen, Kopi Slimme dan Susu Mutiara Whitefully dapat membekalkan badan dengan antioksida secukupnya berikutan koko menyumbang kesan antioksida poliphenol.



Khasiat koko terhadap kesihatan diperolehi daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids selain flavan 3 ols atau lebih dikenali sebagai catechin.

Flavanoids adalah kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat sekaligus koko mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular apabila kajian melaporkan bahawa kualiti antioksida yang diserap daripada koko adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur.

Pengambilan Koko Kolegen Bosland sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids secara berterusan dapat mengurangkan risiko ”atherosclecosis” mengurangkan kematian akibat penyakit jantung serta mengakibatkan kebolehan mengatasi tekanan.

Kajian di jepun menunjukkan poliphenol koko menghalang perubahan emosi di bawah tekanan fizikal dan mampu melambatkan proses penuaan.

Kajian di jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Bostan, Amerika Syarikat mendapati penggemar koko menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun.


Menurut jurucakap Bosland, Kopi Slimme terkenal sebagai dengan pelansing badan dan pemberi tenaga kerana kandungan kafeinnya turut memberikan tambahan antioksida.

Kopi mengandungi kandungan antioksida tinggi selain lebih daripada 100 jenis makanan termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, kacang, aneka rempah-ratus, minyak dan minuman serta mampu mengurangkan risiko kanser hati dan usus, diabetes tahap dua dan penyakit Parkinson.


Sementara serbuk mutiara yang dirumus dalam tepung susu Whitefully meransang aktiviti tubuh, menghapus serangan radikal bebas, seterusnya mendorong kesan antioksidan bagi mengelak proses penuaan cepat,mencegah pembentukan jeragat dan bintik hitam, mengurangkan keletihan dan jangkitan penyakit.

Tuesday, September 21, 2010

Bukan sekadar susu




Whitefully dirumus dengan serbuk mutiara menggunakan teknologi nano mampu atasi pelbagai masalah tulang.

Difahamkan, kadar pengambilan khasiat kalsium sehari semestinya tidak kurang daripada 800 miligram (mg). Golongan belia memerlukan tidak kurang daripada 500mg.

Keperluan kalsium oleh wanita lebih tinggi berbanding lelaki dan tahap yang diperlukan adalah 1,000mg setiap hari. Wanita hamil pula memerlukan 1,500mg kalsium sehari.

Oleh itu, melalui teknologi nano, Bosland telah menghasilkan tepung susu pracampur serbuk mutiara Whitefully yang berlipat ganda nilai khasiat kalsium.

Setiap saiz hidangan mampu menjana khasiat kalsium setinggi 800mg. Tepung susu serbuk mutiara Whitefully dianggap sumber khasiat kalsium terbaik dan mudah diserap badan manusia bagi mendorong proses metabolisme.

Pengambilan khasiat kalsium yang sesuai adalah pada waktu pagi dan malam.

Pengambilan Whitefully sebelum tidur mampu mencegah kekejangan akibat penurunan kepekatan kalsium dalam darah selain membantu meningkatkan kualiti tidur seseorang.

Tepung susu Whitefully dirumus dengan serbuk mutiara yang diproses melalui teknologi nano.

Serbuk nano mutiara ini adalah serbuk kalsium yang amat halus dan mudah diserap tubuh manusia.

Oleh itu, tepung susu whitefully yang diperkaya dengan khasiat mutiara mampu mencerah dan menyerikan kulit kusam dan berjeragat dan mententeramkan jiwa kusut.

Selain itu, ia menguatkan fungsi buah pinggang bagi mengelak kekerapan pembuangan air kecil pada sebelah malam.

Khasiat kalsium juga amat penting untuk menguatkan tulang, pengambilan Whitefully yang berterusan mampu menjana khasiat kalsium mencukupi kepada badan seseorang, tidak kira remaja, dewasa mahupun warga emas.

Susu tepung Whitefully antara pilihan bagi mencegah pelbagai masalah tulang seperti berbunyi, rapuh, sakit belakang, lutut, bongkok, osteoporosis dan juga masalah kesihatan kronik seperti sakit urat, gout, radang sendi (arthritis), kejang dan sawan.

Pengguna, Nor’aini Abdullah, dari Sungai Petani, Kedah, berkata sebelum ini dia tidak berselera langsung untuk menikmati susu tepung.

” Boleh dikatakan saya memang muak dan tidak gemarkan bau susu tepung yang kuat. Sehinggalah saya mencuba keluaran Whitefully terbaru dari Bosland.

” Saya amat serasi dengan bau dan perasa susu Whitfully iaitu enak dan sedap. Sejak mengamalkan Whitefully, saya bertambah sihat dan kuat. Antara kebaikan di sebalik penggunaan Whitefully adalah tulang belakang tidak sakit lagi.” katanya.

Menurutnya, kegembiraan yang ingin dikongsi dengan pengguna lain ialah mendapati jeragat di muka turut beransur pudar dengan pengambilan Whitefully secara berterusan.

Chan, 59, yang mengalami sakit tulang belakang, tulang berbunyi dan lutut menjelaskan dia bergantung kepada pil tidur selama 10 tahun untuk melegakan kesakitan.

” Saya berasa amat bertuah kerana hanya dengan pengambilan tepung susu Whitefully, masalah tulang berbunyi dan tulang sakit reda dan pulih sepenuhnya.

” Malah, masalah sukar tidur tidak berlaku lagi.” katanya.

Badan Sihat, Kulit Cantik


Susu Whitefully, Kopi Slimme hasil ramuan serbuk mutiara, ganoderma dihasilkan melalui teknologi nano.



Menjaga kesihatan badan menjadi agenda penting kehidupan manusia. Untuk itu, manusia akan sentiasa berikhtiar menjalankan pelbagai kajian dan penyelidikan bagi mencari alternatif kesihatan terbaik.

Konsep rawatan alternatif yang kian mendapat tempat adalah melalui melalui penggunaan herba dan sumber semulajadi.

Mengikut sejarah perubatan tradisional, penggunaan serbuk mutiara dalam bidang perubatan sudah melebihi 2,000 tahun. Kajian moden menunjukkan serbuk mutiara mengandungi 15 hingga 18 asid amino, lebih 20 unsur mikro (termasuk Zn, Ca, Mg, P, Fe dan sebagainya) beberapa jenis protein dan faktor aktif lain.

Kompenen efektif serbuk mutiara terbabit dalam proses metabolisme badan manusia bagi merangsang pertumbuhan sel baru, membekalkan nutrisi kepada kulit, sekaligus mampu melembut dan melicinkan kulit manusia.

Serbuk mutiara mampu meransangkan aktiviti SOD dalam badanm menghalang unsur melanin sintetaik, maka kulit semakin cerah.

Disebabkan SOD mampu menghapuskan serangan radikal bebas proses penuaan yang cepat dan pembentukan jeragat atau bintik hitam mampu dicegah. Serbuk mutiara yang semula jadi dapat mententerankan kegelisahanm memperbaiki tidur dan mengurangkan keletihan.

Menurut Ketua Eksekutif Bosland, Dr lee, serbuk mutiara juga mampu memulihkan masalah trauma, gastrik, ulser, duodenal ulser dan memberhentikan pendarahan, sekaligus mendorong syarikat itu menghasilkan serbuk mutiara nano sebagai ramuan tepung Susu Whitefully.

Kadar penyerapan begitu penting terhadap serbuk mutiara kerana kadar yang rendah satu pembaziran. Kadar penyerapan sering menjadi satu masalah kerana struktur mutiara yang unik menjadikan nutrisinya sukar dibebaskan.

Mesin Teknologi Nano di Kilang Bosland di Kamunting, Taiping.

Teknologi nano menukar kegunaan biasanya dengan memperbesarkan bahagian permukaan khususnya (SSA) yang berpotensi tinggi setanding kadar penyerapan.



Ganoderma adalah tumbuhan herba yang sangat unik di muka bumi kerana mengandungi banyak khasiat perubatan.

Ia dianggap sebagai makanan superior kerana tidak meninggalkan kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan manusia mahupun diamalkan untuk jangka panjang. Selain itu kesannya terhadap badan secara menyeluruh, bukan hanya terhad kepada organ atau bahagian tertentu badan.

Ganoderma berupaya mengembalikan semula fungsi organ dan berperanan sebagai adaptogon iaitu daya ketahanan seseorang terhadap biologi alam sekitar, psikologi dan tindak balas kimia dapat dipertingkatkan.

Kepercayaan dan kemujaraban ganoderma dipercayai sejak zaman China purba, 5,000 tahun lalu.

Bagi masyarakat Islam, ganoderma diketahui sejak zaman Nabi Musa a.s sebagai sejenis makanan berkhasiat tinggi.

Diantara lebih 200 spesies, ganoderma lucidum paling unggul. Ia mengandungi 200 elemen aktif dan empat sebatian utama iaitu polisakarida, organik germaniam, adencsin dan triterpenoids. Ganoderma membantu memulihkan pelbagai sistem badan termasuk sistem kulit, sistem saraf, sistem jantung, sistem mata, sistem pernafasan, sistem aliran darah, sistem ginjal dan sisitem penghadaman.

Bosland menghasilkan serbuk ganoderma nano sebagai ramuan Kopi Slimme kerana struktur ganoderma juga mirip kepada mutiara, dalam bentuk istimewa lagi unik menjadikan pati khasiatnya sukar dibebaskan keluar.

Teknologi nano mampu memecahkan dindingnya yang keras dan berserabut tebal sehingga menjadi zarah yang mempunyai diameter mikron teramat halus dan mudah larut, maka kadar penyerapan usus lebih tinggi dan menyeluruh ke atas serbuk ganoderma.

Susu Mutiara cegah sel badan berasid.



Whitefully Pearl bantu atasi gout, tidak lawas buang air besar, kerap keletihan.

Setiap makanan yang kita makan menghasilkan bahan kumuhan berasid yang perlu dibuang badan. Cara terbaik membuangnya adalah melalui amalan mengambil minuman beralkali seperti susu tepung mutiara Whitefully Pearl.

Sel badan yang sihat bersifat alkali, tetapi sel barah yang bersifat asid. Dalam jangka masa panjang, sisa berasid yang terkumpul dalam tubuh menyebabkan gangguan pembekalan khasiat dan oksigen kepada sel tubuh.

Ini mengakibatkan gangguan fungsi organ tubuh, penuaan dan pelbagai penyakit seperti kencing manis, penyakit ginjal, darah tinggi dan barah.

Apabila darah mengandungi terlalu banyak asid lemak, pH darah turun dan sistem penampan dalam tubuh mula menggunakan mineral alkali.

Sekiranya tidak cukup mineral alkali dalam bentuk bikarbonat dalam darah, badan menggunakan pula kalsium dari tulang. Kristal asid urik dalam sendi boleh terbentuk dan menyebabkan penyakit arthritis (sendi) dan gout.

Pencemaran air, udara dan tekanan hidup turut menjadi faktor menyebabkan tubuh menghasilkan lebih banyak sisa berasid. Keadaan ini memudaratkan kesihatan.


Seorang pengamal minuman tepung susu mutiara Whitefully Pearl, Awang Badrul berkata, dia menghidap penyakit gout sejak enam bulan lalu.

Katanya, pada mulanya dia mengamalkan ubat-ubatan dari farmasi bagi membantu menahan kesihatan apabila diserang gout.

”Setelah mencuba produk Bosland diperkenalkan oleh rakan saya, penyakit gout yang saya alami tidak seperti dahulu lagi. Kalau dahulu dalam seminggu sekali pasti kena serang penyakit itu, tetapi selepas mengamalkan susu mutiara Whitefully Pearl, penyakit gout saya beransur pulih.


”Kini saya boleh makan makanan laut tetapi jangan ikutkan nafsu, makan mengikut keperluan. Saya juga boleh bersukan dan bermain bola seperti dulu,” katanya.



Seorang lagi pengamal minuman itu, Bakhria berkata, sebelum menggunakan produk Bosland, dia sering mengalami kesukaran membuang air besar dan angin dalam badan.

”Alhamdulillah setelah diperkenalkan kepada saya produk Bosland ( Susu Mutiara dan Kopi Slimme) dan saya mengamalkannya. Masalah kesukaran membuang air besar dan angin dalam badan saya beransur pulih sepenuhnya.” katanya.

Team Online JutawanBosland Pulau Pinang




Dari kiri Puan Miza, Puan Nurihan (0135910878) dan Puan Azila (0134365344) merupakan peneraju utama Team Online JutawanBosland Pulau Pinang. Saya doakan agar team ini berkembang dengan baik agar dapat membantu pelbagai permasalahan kesihatan semua dan menjana pendapatan yang halal dan berkat...Amin
Related Posts with Thumbnails